Friday, February 11, 2011 | By: Sha Juahir

oh Ha Alif Ta' Ya !

Assalammualaikum . I'm just the beginner . Lau x teror , tlong ajar ek . . Tau la korg smua power , so jgn nak kerek . Kikikiki . . Lol ! ( Ayat tak sayang nyawa ! ) :p 4 the first post , aku nak cite psal HATI a.k.a HEART or dlm Bahasa Jepongnya aku tidak la tau . Korg g google translate sndiri okey . Huhu . . =.=" Aku ni bukan la jenis yg jiwang - jiwang besi karat gitu , tp sometimes layan la gak article jiwang ni . Untuk santapan nurani supaya berasa SENTAP la katakan ( Huhh ? Perlu ke ? ? ) . Memandangkan jiwa aku tengah kaco skit ni . Jom kt layan ayat jiwang . Sape yang taknak layan , kena nak gak . Aku x kire ! ( Hahaha . . Maen kasar nmpk . :p )


Ayat jiwang yang dirembat dari Kamus Cinta :

"Jika kamu memancing ikan , setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu . Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup "

Mukadimah selepas digoogle translatekan mengikut Kamus Logik Akal 5th Edition :

" Jika kamu telah memberi harapan kepada seseorang dan setelah dia menyayangimu . Hendaklah kamu sentiasa menjaga hatinya * . Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan - kenanangan sepanjang bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan selagi dia mengigatimu * "


Ayat jiwang yang dirembat dari Kamus Cinta :

"Jika kamu menadah air biarlah berpada . Jangan terlalu berharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh . Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu . Kerana apabila sekali ia retak , tentu sukar untuk kamu menampalnya semula . Akhirnya ia akan dibuang sedangkan jika ditampal , ia masih boleh digunakan " 

Mukadimah selepas digoogle translatekan mengikut Kamus Logik Akal 5th Edition : 

"Jika kamu memiliki seseorang , terimalah dia seadanya * . Janganlah terlalu mengaguminya dan janganlah menganggapnya terlalu istimewa . Anggaplah dia manusia biasa * . Apabila sekali dia melakukan kesilapan yang bukan mudah untuk kamu menerimanya . Akhirnya kamu akan meninggalkannya . Sedangkan jika kamu memaafkannya * , boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya . InsyaAllah . . "


Pesanan Penaja : Semua ayat yang ada bertanda " * " adalah ayat - ayat mantap PLUS sentap yang patot di take note . Tp tak payahla korg excited hafal bagai , sebab tak masok exam pon . Wakakakaaka . . :p


So , in conclusion . Pandai - pandaila korg decide mana yang terbaek untuk cinta dan hati nurani korg . Sapa kata bercinta itu smua indah , kentut yg busok gile babun bau telor tu pon wangi . Sapa ? Sapa ? Angkat kaki sekarang . Kikikikiki . . Bagi aku , depends la pada korg . Cinta tu memang satu perasaan yang best , tp ada pasang surutnya dan kita tak boleh agak ape yang akan jadi di masa hadapan . JODOH ITU RAHSIA ALLAH . Betol tak kawan - kawan ? Ye , betol . 10 - 1 + 1 = 10 markah untuk anda . :p

RENUNG - RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL .
















0 comments:

Post a Comment

Comments please :p